Mandi air mayat untuk jadi kebal !

Bismillahirrahmanirrahim ...




KUALA LUMPUR: Untuk memudahkan dia menyempurnakan tugas sebagai ketua kaki pukul di pusat hiburan, seorang lelaki sanggup melakukan amalan khurafat dengan memuja dan mandi air mandian tujuh mayat.


Bagaimanapun, akibat melanggar pantang iaitu menjejakkan kaki di kawasan tanah perkuburan, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 40-an, menderita apabila seluruh tubuhnya sentiasa sakit hingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri.


“Saya mengamalkan ilmu ini sejak dua tahun lalu. Ilmu yang dinamakan kebal mayat itu saya pelajari daripada seorang bomoh warga Indonesia yang menetap di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.


Awang berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk mengumpul air mandian tujuh mayat dengan syarat, si mati mesti Islam.
“Setiap kali saya dengar ada kematian di sekitar tempat tinggal saya, saya akan ke sana. Sebaik urusan mandian jenazah selesai, saya secara diam-diam menyusup masuk ke tempat mandian dan mengambil air sisa mandian yang kebiasaannya terkumpul dalam bekas khas.

“Air mandian mayat itu saya masukkan ke dalam botol. Selepas cukup tujuh botol atau tujuh mayat, saya memuja air mandian mayat itu dengan bacaan jampi tertentu. Selepas itu, saya campurkan semua air itu dengan air mandian saya,” katanya.

Awang mendakwa, dengan hanya sekali mandi, dia memperoleh apa yang diinginkannya.
“Sepanjang mengamalkan ilmu itu, saya digeruni ramai, malah tidak lut sekiranya ditetak atau ditikam menggunakan senjata tajam setiap kali berlaku pergaduhan.


“Sesuai dengan pekerjaan saya sebagai ketua kaki pukul di beberapa kelab malam. Lagipun, bukan senang nak uruskan anak buah serta pelanggan yang mabuk,” katanya.


Namun, kebanggaan dan kehebatan Awang tidak kekal lama apabila tubuhnya mula lemah dan sakit selepas dia terpaksa ke tanah perkuburan berikutan kematian isteri, kira-kira enam bulan lalu.


“Sejak itu saya sering diganggu lembaga hitam selain mayat terutama ketika waktu malam menyebabkan saya tak dapat melelapkan mata. Mana tidaknya, lembaga terbabit turut menggigit seluruh tubuh menyebabkan kesakitan teramat sangat,” katanya.


Awang berkata, selama enam bulan dia terpaksa menanggung derita kerana seluruh tubuhnya lemah dan sakit, menyebabkan dia hanya mampu berbaring hingga tidak boleh menguruskan diri sendiri.


“Sepanjang tempoh itu, anak-anak yang menguruskan saya. Akibat tak mampu bekerja, duit simpanan semakin habis. Bukan saja untuk perbelanjaan harian, tapi untuk kos merawat saya.



“Puluhan bomoh saya jumpa hingga puluhan ribu ringgit duit saya habis, namun penyakit saya tetap tidak sembuh sehingga diperkenalkan kepada seorang pengamal perubatan alternatif Islam.



“Sejak itu, saya beransur pulih dan berharap akan kembali normal seperti biasa. Saya menasihatkan orang ramai supaya meninggalkan perbuatan yang bertentangan Islam kerana semuanya hanya sementara,” katanya yang kini insaf.


Sumber : MyMetro



Apa kata Ummi Hanie? : JANGANLAH SESEKALI RASA NAK MENCUBA BENDA2 KHURAFAT NI . KALAU IYE BERKESAN PUN , IA CUM ABERSIFAT SEMENTARA . MUJURLAH HAMBA ALLAH NI MASIH ADA PELUANG UNTUK BERTAUBAT DAN PANJANG UMUR ....
Bersyukurlah dgn apa yg dah Allah kurniakan pada kita ....


Popular posts from this blog

Sertai HAUS Cosmetics, PERCUMA DIgital Workbook: 30 Hari Menjana Jualan

40 Tips For Better Life

Tips : I.C.E - Important ! (edited version)