Berfikirlah secara Positif...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuhu….

Nak berkongsi tips bagaimana untuk mengubah persepsi negatif yang bersarang di dalam minda ke persepsi positif dan bagaimana untuk melatih diri kita supaya sentiasa melihat pada nilai-nilai positif bermula hari ini.

Untuk merubah persepsi dari terus terdorong untuk memikirkan yang negatif supaya sentiasa menjadi positif:-Ada banyak cara dan kongsikan 5 tips:

1. Bila bangun pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari.Ambil idola yang menjadi pujaan hati kita, sesiapa sahaja janji kita kagum dgn pencapaian dia. Puji dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin. Biar rasa kagum tu meresap ke dalam hati.Pada peringkat permulaan, agak payah sikit, bila buat tiap hari, ia akan jadi kebiasaan dan membuat kita bersemangat di awal pagi. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian hembus perlahan-lahan dan kiraan tujuh saat. Buat 3 atau 4 kali.

2.Semasa mandi, sewaktu air tu menyiram badan, panjatkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan oleh YA RABB dalam hidup kita, yang nampak dan yang tak nampak.
Ucapkan syukur semasa sarapan pagi dan ketika mula buat kerja hingga sebelum nak tidur, atas segala nikmat lalu dan yang akan datang.
Misalnya, sebut “Thank you Allah, for all that I have and for all that i’ve received”.Sebab, semakin kita bersyukur dengan ikhlas, semakin ditambahkan nikmat dalam hidup kita, lalu semakin positif kita jadinya dan segala urusan dipermudahkan, masalah diringankan.

3. Bila melihat orang lain, mendengar berita, atau terlihat situasi-situasi lain, kawal kata-kata dalam hati dan yang terlintas di dalam minda.
Latih diri untuk memandang pada aspek-apek positif yang wujud.‘Paksa’ minda untuk melihat pada nilai yang baik-baik.
Latih diri dan latih minda, di samping mengawal setiap kata-kata yang ada di dalam hati.
Seperti latihan lain, ia perlukan disiplin. Bila selalu lakukannya, ia akan jadi kebiasaan.Bila dah jadi kebiasaan, akan dapat menjana fikiran positif dan terdorong memandang yang positif saja.

4. Buat keputusan muktamad untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata umpatan, caci maki, geram, marah, tak puas hati, menyampah, menghina dan yang serupa, sebab bila layan semua ni, ia akan masuk ke dalam minda.
Caranya nak elak ia masuk, beristighfar sebanyak mungkin sehingga rasa insaf tu meresap jauh ke dalam diri kita.
Bila rasa kita tak bersemangat, fikirkan orang lain yang lebih susah dari kita serta yang lebih parah hidupnya dari kita, serta merta akan terbit rasa syukur kerana hidup kita sekarang lebih baik daripada mereka.
Kesannya, kita akan bermotivasi.

5. Selalu bersangka baik pada semua orang, semua keadaan situasi, perkara, benda dan apa saja. Bersangka baik, akan dibalas baik dan akan ditemukan dengn situasi yang baik-baik, orang yang baik-baik dan benda yang baik-baik kesan daripada itu.
Kalau asyik bersangka buruk dan memberi respon buruk di hati kita, Kita akan ditemukan dengan situasi-situasi yang buruk juga.
Tak ada siapa yang nak dirinya asyik ditimpa situasi buruk.
Ubah mindset dan kemudian kita boleh ubah hidup kita.
Kita ibaratkan seperti menanam benih dalam minda, sirami dengan fikiran yang baik-baik dan hasilnya, sudah tentu hati yang baik.Walallahualam.....

Comments

hans said…
ish..no 4 dengan 5 tu susah plak rsa2nya nak buat..haha
den cuba
penaberkala said…
timba ilmu sikit kat sini
boleh dirumuskan kat sini, ada 5 benda utama:
1 inspirasi
2 bersyukur
3 disiplin
4 muhasabah
5 bersangka baik
hans said…
pena : yups...bersyukur tu sangat penting
penaberkala said…
harap kita tak pernah lekang lah utk bersyukur di atas segala sesuatu yg kita ada/dpt
syukur mudah diungkapkan dgn kata2, tp agak sukar utk dilaksanakan dan dizahirkan di hati
bersama ke arah memperbaiki diri
Lady E said…
Besyukur dgn cara mentaaati serta menunaikan segala perintah Allah..Org kaya yg berharta & berjaya tetapi tdk bersolat sama jg spt org yg tdk mahu mensyukuri nikmat kekayaan & kemewahan yg diberi Allah S.W.T..
hans said…
pena : insyaallah kita mampu baiki apa yg patut
hans said…
kak ieda : ar ar...betul tu
NzA said…
jika kita sntiasa positif, insyallah hidup kita akn sntiasa diberkati...
contengconteng said…
terima kasih untuk peringatan..=)
Ummi Hanie said…
hans , penaberkala,ieda,nza n conteng2 ...

u r all welcome :)
Rizzuan Shah said…
ummi hani, lama tak menjengah ke blog awak. awak pun lama jgk tak nampak. heheh.. kenape dibawah entry awak xde link utk post komen?.. ni pun jenuh saya cari dan godek2 untuk keluarkan jgk kotak utk komen ni. ummi letak la chat box ek. senang incik wanshah mau tinggalkan tapak kaki. :)

http://wanshah87.blogspot.com
Ummi Hanie said…
wanshah ,

chatbox sy ada tergantung2 kat tepi blog sebelah kanan...:)

yg glitter2 tu..

dan utk komen kat entry , sy ada nyatakn dlm disclaimer di bhgn atas blog tu..kena klik tajuk entry baru kluar kotak komen baru..hhe..maaf ats segala kesulitan yer...

fair lah kita kan?
Rizzuan Shah said…
tak keluar jugak la komen tu ummi. rasanya line internet saya block komen tu kot. tapi ni saya klik komen yang kat sidebar tu bleh je kluar. xpe, janji dapat komen. heheh.. camne ummi buat peel away nak rokok sebelah kanan atas sekali tu ek?.. nak belajar buat la. bleh tak?.. :) kalau ummi sudi kongsikan la. huhuhu..

http://wanshah87.blogspot.com
Ummi Hanie said…
wan , maybe gangguan line internet kot..

xapelah tinggal jelah komen di mana2 pun..chatbox da jumpe?

iklan peel ad tu sy tak buat sendiri...ramai gak yg tanya..hehe

sebenarnya sy join ini Jom berhenti Merokok
Rizzuan Shah said…
chatbox pun saya tak jumpa gak ummi. wawawa.. iklan rokok tu dia gi ke klikjer.com kan ummi?..

http://wanshah87.blogspot.com
Ummi Hanie said…
ada sumthing kat tepi kanan blog ummi hanie ni...situle terletaknya chatbox..kasi nyorok sikit,nk kurangkan widget kununnya..

yup,betul la tu iklan rokok tu pegi ke klikjer.com..sy affiliate nya..so sy apply iklan peel tu di situ..
Rizzuan Shah said…
oo.. camtu. ok, nanti saya cuba ek ummi.

http://wanshah87.blogspot.com
Ummi Hanie said…
okie dokie wan ;)

Popular posts from this blog

Sertai HAUS Cosmetics, PERCUMA DIgital Workbook: 30 Hari Menjana Jualan

"Keajaiban" Sutra Vitalforce Aura 7 Spray

Set Bersalin Sutra Aromaterapi yang mampu milik - Set Kirana (Asas)