Posts

Showing posts from 2010

WHAT IF ... ??

Image
  Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone? What if we carried it around wherever we went? What if we flipped through it several time a day? What if we turned back to go get it if we forgot it? What if we used it to receive messages from the text? What if we treated it like we couldn't live without it? What if we gave it to Kids as gifts? What if we used it when we travelled? What if we used it in case of emergency?   This is something to make you go....hmm...where is my Quran? Oh, and one more thing. Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being Disconnected because Allah already paid the bill. Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!   Sumber : E-mel       p/s: Ya Allah .... ampunkanlah hamba2Mu ini yg sering 'lagha' ....   SALAM NUZUL QURAN (agak lewat ucapkan tapi bacaan Quran mestilah tiap2 hari , kan

Tutorial : Timbang berat blog

Image
  Salam Ramadhan ke-17 .   Entri ringkas saja , untuk mengajak kalian semua timbang berat badan blog masing-masing .   Lagi "slim" blog kalian , lagi bagus ! :) (Bacaan di bawah 200 kB)   Nak blog loading cepat tak ?   Caranya senang jer .... Copy URL blog kalian dan paste ke dalam kotak di bawah . *Bukan kotak komen ye... Tengok hasil bacaan . Kalo lebih drpd 200 kB tu , tanda blog berat ... kalo kurang drpd 200 kB tu tandanya blog ringan ... lagi kurang lagi bagus ! Dah analisa , maka buatlah pilihan ! Kalo blog kalian dah tahap obesiti , maka kurang2kanlah widget2 yang tak perlu/tak penting ...  Jom timbang ! Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)   (eg. iwebtool.com)       Powered by iWEBTOOL Alhamdulillah semenjak saya pakai blog bertemplate sebegini (2 ruang saja,tak sperti dulu 3 ruang), bacaan speed test ni banyak berbeza . Dah laju sikitlah , harap2 korang pun nampak macam tu le . Tapi mungkin a

Gambar kontroversi polis wanita Israel

Image
  On je internet ada orang dah setting default screen utk website Yahoo . Maka tak semena-mena kuterpandang berita dan gambar KONTROVERSI ni ...   Gambar apa ?? Gambar polis wanita Israel (berbangsa Yahudi semestinya!) , Eden Abergil  dok berposing dgn tahanan Palestin ... Katanya gambar ni agak kurang ajar . *memang pun .... Den nak translate satu-satu tak pakar sgt , so u all buleh baca-baca kat HuffingtonPost ni .       pompuan ni dan kengkawannya siap mempersenda-sendakan lagi tawanan depa ni dlm Facebook ! huh ! dia engat dia cantekk sgt ??     Bukan satu ini je gambarnya , banyak lagi kat SINI . Klik sendiri utk tengok yer ... (itu mmg laman web Jewish punyer ... buleh nampak tulisan depa yg pelik2 itu...takut saya nak dok situ lama2..cepat2 cabut!heh...)     Sebenarnya saya try jugak check kat laman web berita online di Malaysia ni tapi tak nampak2 pun berita pasal ni . Kenapa ya ? Maybe belum masuk kott ....   Biorkan minah ni kena hukum dek kerana gambar kontroversi ni

Apa itu Page Rank dan bagaimana nak tahu berapa Page Rank blog kita

Image
    Pagi semua . Any monday blues ? Hohohho .... saya ada jugak laa monday blues sikit2 sebab tak pueh berholiday dgn hasben dan anak2 tersayang di hujung minggu kot . Ahhh ... ngengada tol ;p .     Ok ini menjawab kepada soalan Encik Penaberkala . Dalam entri terakhir saya bertajuk "Hidup Seorang Blogger" tu ada disebut bendalah Page R ank ni .     Semua blog dan websites ada pagerank masing-masing ya ... Lebih lama dan lebih popular sesebuah laman web itu maka lebih tinggilah pagerank nya ...   Tujuan ? 1. Show your visitors the current page rank of your web pages 2. Check the page rank of your web pages while visiting your site 3. It can help with SEO, link exchange, site promotion matters 4. Impress your visitors with the high page ranking of your site .........  and many more possible reasons.. Or use it just for fun ;) (tetiba dlm english pulok ... sorry maleh nak translate ... tp mudah je nk paham kan?) Selit sikit untuk Kakyong , maybe takde lagi

The Chosen One by Maher Zain (Video clip inside)

Image
          THE CHOSEN ONE (MUHAMMAD S.A.W) - MAHER ZAIN     Saya adalah peminat tegar Sami Yusuff (penyanyi nasheed yg berkongsi bumbung studio dgn Maher Zain ni) . Dah lama tau kehadiran Maher tapi kengkunun nak cuba tak minat laa ... haha poyo :p   Nashid2 Maher yang lain pun dah dengar , banyak disebarkan dalam Facebook , tapi saya sekadar mendengar begitu saja ... But this one is really really fascinate me . It makes me wanna hear it again and again !   Untuk makluman , nashid ini dicipta untuk menangkis laman Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW . Lihat saja videonya , terus saya dapat imbas balik kisah-kisah Nabi Muhammad SAW .   Korang perasan tak ?? Jom share ....   ~ Awal2 tu , sorang pompuan ni taburkan sampah sarap dia depan pintu rumah ,   ~ Orang mabuk berjalan di khalayak ramai ,   ~ Pencuri mencuri bag seorg wanita ,   ~ Sepasang couple (suami isteri) bergurau senda , kendian si suami mendukung isterinya utk lihat pertunjukan org main api (this resembles Nabi Muhamm

Pantun 4 Kerat Sarat Nasihat

Image
        Salam Jumaat , saiyidul ayyaam (penghulu hari-hari) . Sihat semua ? Alhamdulillah ... Hanie sihat alhmdllh cuma capek sikit menjaga/melayan karenah baby Zaidku yang demam beberapa hari ni . Alhamdulillah hari ni dah beransur sihat dan ceria ;)   Jom , kita sama-sama layan Pantun 4 Kerat Sarat Nasihat ni . Moga-moga memberi manfaat ... *bukan hasil karya Hanie yer ... memanjangkan di blog ini sajer ....   Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.   Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'.   Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung.   Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat.     Pakaian moden memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun

Berfikirlah secara Positif...

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuhu…. Nak berkongsi tips bagaimana untuk mengubah persepsi negatif yang bersarang di dalam minda ke persepsi positif dan bagaimana untuk melatih diri kita supaya sentiasa melihat pada nilai-nilai positif bermula hari ini. Untuk merubah persepsi dari terus terdorong untuk memikirkan yang negatif supaya sentiasa menjadi positif:-Ada banyak cara dan kongsikan 5 tips: 1. Bila bangun pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari.Ambil idola yang menjadi pujaan hati kita, sesiapa sahaja janji kita kagum dgn pencapaian dia. Puji dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin. Biar rasa kagum tu meresap ke dalam hati.Pada peringkat permulaan, agak payah sikit, bila buat tiap hari, ia akan jadi kebiasaan dan membuat kita bersemangat di awal pagi. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian hembus perlahan-lahan dan kiraan tujuh saat. Buat 3 atau 4 kali. 2.Semasa mandi, sewaktu air tu menyiram badan, panjatkan

Sesekala membeli barangan mainan berjenama

Image
    Kami bukanlah kemaruk atau pengguna setia barangan branded/berjenama . Bahkan boleh dikira bilangan barang berjenama dlm rumah kami ni . Kami tak kisah sangat bab-bab branded or not ni . Cuma bila tiba-tiba teringin nak merasa tu , maka barulah kami beli ... Sebut saja jenama Fisher Price , semua tahu itu jenama terkenal untuk toys kanak-kanak , kan ? Makanya dakoo terbelilah satu jenis toy untuk jantung hatiku Zaid . Fisher Price Push Walker ....   itu bukan anakku ...   Ala-ala walker jugaklah . Tujuannya untuk membantu baby berjalan . Hasilnya Zaid memang dah berjalan sekarang tanpa walker maupun push walker ini ! :) Bravo my baby ! Proud of you ... umur 10 bulan dah berjalan . Sungguh ku tak sangka badan bulat2 macam tu pun boleh cepat berjalan . ikut jejak Kakak dia , Nurul Hafizah (yg lagi awal berjalan , 9 bulan) . tayang hasil photoshop ummi...:p   Kesimpulannya puas hatilah beli dari Mia Fichita Store nih . Kat situ semua toys yang branded , kebanyakan

Jackie Chan Jadi Penjual Ikan

Image
      U all jangan le segan2 join GIVEAWAY Hanie yea ...KLIK SINI!     Haih sejak bila Jackie Chan bertukar imej dari seorang AKTOR fofuler kepada PENJUAL IKAN ?? Musykil ... musykil .... Wahahahhaha ... tersenyum Hanie sensorang tatkala melihat pic ini ... betol kan Jackie Chan ??? :p Hohoho bawak bertendang bertenang ....... Itu memang gambar seorang penjual ikan .... di Singapore dan bukannya Jackie Chan !! Tapi sejibik kan ??? :D Meh baca ni (dlm english maa...translate sndiri ok) ; Look, it’s ‘Jackie’ selling fish in Singapore A FISHMONGER in Singapore has been enjoying good business because he looks like popular actor Jackie Chan, reported China Press . Zhang Sui Xing, 48, who has been selling fish at a market in Empress Road for more than 20 years, has women coming to his stall because he resembles the actor. “Many customers call me Jackie Chan and also refer others to buy from me. My stall has also ended up being called the ‘Jackie Chan’ stall,” he said.

Mandi air mayat untuk jadi kebal !

Image
Bismillahirrahmanirrahim ... KUALA LUMPUR: Untuk memudahkan dia menyempurnakan tugas sebagai ketua kaki pukul di pusat hiburan, seorang lelaki sanggup melakukan amalan khurafat dengan memuja dan mandi air mandian tujuh mayat. Bagaimanapun, akibat melanggar pantang iaitu menjejakkan kaki di kawasan tanah perkuburan, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 40-an, menderita apabila seluruh tubuhnya sentiasa sakit hingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri. “Saya mengamalkan ilmu ini sejak dua tahun lalu. Ilmu yang dinamakan kebal mayat itu saya pelajari daripada seorang bomoh warga Indonesia yang menetap di sini,” katanya ketika ditemui, semalam. Awang berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk mengumpul air mandian tujuh mayat dengan syarat, si mati mesti Islam. “Setiap kali saya dengar ada kematian di sekitar tempat tinggal saya, saya akan ke sana. Sebaik urusan mandian jenazah selesai, saya secara diam-diam menyusup masuk ke tempat mandian dan menga

Kisah INSPIRASI 4 : Cicak yang Pekak

Image
Bismillahirrahmanirrahim ...            INSPIRASI JUMAAT kembali lagi pada hari Jumaat yang mulia ini .   Sudah bersedia untuk get inspired ? :)   Let's get started !   -----------------------------------------------------------   Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul. Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah. Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan. Pertandingan memanjat pokok pinang. 30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan. Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang. “Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai. “Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak. Tupai, katak, beruk

Nota INSPIRASI 1 : MAKNA 1 MINIT

Image
Bismillahirrahmanirrahim ...    Salam hari Jumaat . Hari yg penuh barakah . Bersamaan itu , INSPIRASI JUMAAT kembali lagi setelah 2 minggu berturut-turut tidak bersiaran . Maaf , saya agak sibuk dalam tempoh itu . Minggu ini Hanie tak siarkan kisah2 Inspirasi seperti sebelum-sebelum ini . Sebaliknya NOTA INSPIRASI . Nota yang saya kira mampu membuatkan minda kita berfikir . InsyaAllah . Mari kita selami dalam-dalam MAKNA 1 MINIT .... Apa ada pada 1 MINIT ? Hanya 60 SAAT ! Seringkali ia dibiarkan tidak terisi begitu saja . Dgn SATU MINIT saja , jika kita mahu , maka kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin . Terlalu banyak manfaat sebenarnya . DALAM SEMINIT KITA BOLEH ......... Membaca AL-FATIHAH sebanyak 3 kali dengan penuh tawajjuh , Membaca Surah Al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad) sebanyak 20 KALI , Membaca dan menghafal beberapa baris ayat Al-Quran , Berzikir dgn Laailahaillallahuwahdahu laa shariikalah , lahul mulku walahul hamdu wa huwa

Awan berbentuk JENAZAH !

Image
Bismillahirrahmanirrahim ...      KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam. Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut. klu korang nmpk mcm ni ... ape rase ?? "Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut. "Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dar

Rahsia Memasak Dengan Mudah . I Likeeeee !! -_^

Image
Bismillahirrahmanirrahim ... Saya masih pening2 lalat lagi . Rasa hari ni macam hari senin pulak sebab semalam (isnin) baru balik rumah sendiri . Encik hubby ada tugas di Ipoh semalam , itu sebab kami 'beronggeng' di sana puas2 . Hahah . 2-3 hari entry pun tak buat sebab sibuk dgn 'research' jugak kengkununnya . So oleh kerana masih pening2 lalat (maklum je le balik rumah sendiri , banyak kerojer nak disettlekan) maka saya buat entry ringkas je lah sambil2 menyuntik sedikit inspirasi utk memasak yer : p Al-kisahnya tetiba terjengah ke sebuah blog masak-memasak ni.... Nampak agak interesting . http://ckretresepi.blogspot.com Aah saya jarang story pasal bab ni kan ? Dan saya ni pun jenis masak simple2 jer setiap hari . Sesekala je datang angin rajin masak special . Alhamdulillah suamiku tak cerewet . :) Makanya blog kat atas tu agak sesuweii untuk orang2 macam saya ! Maybe owner blog tak sempat nak promote blog besar2an sebab sibuk dgn kelas masakan