Posts

Showing posts with the label BERITA

Gambar kontroversi polis wanita Israel

Image
  On je internet ada orang dah setting default screen utk website Yahoo . Maka tak semena-mena kuterpandang berita dan gambar KONTROVERSI ni ...   Gambar apa ?? Gambar polis wanita Israel (berbangsa Yahudi semestinya!) , Eden Abergil  dok berposing dgn tahanan Palestin ... Katanya gambar ni agak kurang ajar . *memang pun .... Den nak translate satu-satu tak pakar sgt , so u all buleh baca-baca kat HuffingtonPost ni .       pompuan ni dan kengkawannya siap mempersenda-sendakan lagi tawanan depa ni dlm Facebook ! huh ! dia engat dia cantekk sgt ??     Bukan satu ini je gambarnya , banyak lagi kat SINI . Klik sendiri utk tengok yer ... (itu mmg laman web Jewish punyer ... buleh nampak tulisan depa yg pelik2 itu...takut saya nak dok situ lama2..cepat2 cabut!heh...)     Sebenarnya saya try jugak check kat laman web berita online di Malaysia ni tapi tak nampak2 pun berita pasal ni . Kenapa ya ? Maybe belum masuk kott ....   Biorkan...

Mandi air mayat untuk jadi kebal !

Image
Bismillahirrahmanirrahim ... KUALA LUMPUR: Untuk memudahkan dia menyempurnakan tugas sebagai ketua kaki pukul di pusat hiburan, seorang lelaki sanggup melakukan amalan khurafat dengan memuja dan mandi air mandian tujuh mayat. Bagaimanapun, akibat melanggar pantang iaitu menjejakkan kaki di kawasan tanah perkuburan, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 40-an, menderita apabila seluruh tubuhnya sentiasa sakit hingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri. “Saya mengamalkan ilmu ini sejak dua tahun lalu. Ilmu yang dinamakan kebal mayat itu saya pelajari daripada seorang bomoh warga Indonesia yang menetap di sini,” katanya ketika ditemui, semalam. Awang berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk mengumpul air mandian tujuh mayat dengan syarat, si mati mesti Islam. “Setiap kali saya dengar ada kematian di sekitar tempat tinggal saya, saya akan ke sana. Sebaik urusan mandian jenazah selesai, saya secara diam-diam menyusup masuk ke tempat mandian dan menga...

Awan berbentuk JENAZAH !

Image
Bismillahirrahmanirrahim ...      KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam. Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut. klu korang nmpk mcm ni ... ape rase ?? "Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut. "Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun...