Kisah INSPIRASI 4: Mudahkan Dengan Bersyukur
Bismillahirrahmanirrahim ... INSPIRASI JUMAAT kembali lagi . Salam Jumaat semua . Semoga terus diberkati hidup kita di dunia yang fana ini . Entri hari ini agak lambat dek kerana gangguan talian internet . Namun begitu saya tetap nak publish juga entri untuk segmen KHAS ini walau sudah tengah malam sekalipun . Gigih ! :P Ok kita teruskan pada kisah inspiratif minggu ini ... Masih dalam topik BERSYUKUR . --------------------------------------------------------------------------------------------- Ada sebuah kapal yang sedang berlayar dan di tengah-tengah pelayarannya ia diterjah ombak besr lagi ganas serta angin yang kencang . Suasana dalam kapal pun semakin mencengkam . Salah seorang penumpang kapal itu mula menangis dan histeria dek kerana ketakutan dan kerana itulah pertama kalinya berlayar . Hal ini membuatkan pemilik kapal tersebut naik marah lalu berkata ; " Tak adakah satu orang dalam kapal ini pun yang boleh menenangkan si pengceut ini ? " ...