Salam Jumaat , saiyidul ayyaam (penghulu hari-hari) . Sihat semua ? Alhamdulillah ... Hanie sihat alhmdllh cuma capek sikit menjaga/melayan karenah baby Zaidku yang demam beberapa hari ni . Alhamdulillah hari ni dah beransur sihat dan ceria ;) Jom , kita sama-sama layan Pantun 4 Kerat Sarat Nasihat ni . Moga-moga memberi manfaat ... *bukan hasil karya Hanie yer ... memanjangkan di blog ini sajer .... Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'. Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian moden memanglah h...